Suspek Kes Culik Remaja 16 Tahun Maut Ditembak Di Klang

SHAH ALAM, 14 April (Iteenews) — Seorang lelaki disyakiterlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahunmaut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Bandar Bukit Tinggi, Klang disini awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya telah mengesan suspek wargatempatan berusia 21 tahun itu di Jalan Bayu Tinggi, Klang sebelum diacuba melarikan diri daripada polis.

"Suspek telah bertindak merempuh kenderaan polis, dan pihak kami mengejarnya sebelum dia berjaya dipintas dan berlaku tembak-menembak antara suspek dan anggota polis di lokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek menemukan sepucuk pistol semi-automatik dan sebilah parang selainpemeriksaan ke atas lelaki itumendapati tiada sebarang rekod jenayah.

Fadil berkata suspek disyaki sebagai antara individu terbabit dalam kes penculikan remaja perempuan warga tempatan di Seremban, Negeri Sembilan yang telah meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta daripada keluarga mangsa pada 10 April lepas.

Beliau berkata keluarga remaja perempuan itutelah membayar wang berjumlah RM280,000 serta barang kemas danmangsadilepaskankeesokkan harinya (11 April) di Sendayan, Negeri Sembilan.

"Kes ini juga menyaksikan polis berjaya menahan tiga lelaki dan tiga wanita kesemuanya berumur dalam lingkungan 21 hingga30 tahun di Sendayan bagi membantu siasatan dan berjaya menemukan RM230,000selain rampasan lain yang sedang disemak," katanya.

— BERNAMA