TNB Terajui Matlamat Malaysia Ke Arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih

0dbc271afc7acb0f1add9e96f7e7a189673033bee7dc2 Kredit: TNB 83e466442e3ec62a46fe3859be208fbc673033d973449 Kredit: TNB cb7143f50f0aae9daea4e5f5f1a15340673033f570ea2 Kredit: TNB c4698ed36bb4c8a9fa8e3a926114f4966730341433032 Kredit: TNB

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 10 Nov(Iteenews) –Matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan karbonsifar bersih menjelang 2050 mencerminkan komitmen bukan sahaja terhadap sasaran iklim global tetapi juga kepada pembangunan mampan dan ekonomi yang berdaya tahan.

Usaha ini lebih daripada sekadar keperluan alam sekitar berikutan ia melambangkanpeluang penting untuk Malaysia berinovasi, menarik pelaburan hijaudan meningkatkan kualiti hidup rakyatnya.

Mencapai sasaran ini memerlukan usaha menyeluruh dalampelbagai sektor, dengan sektor pengangkutan – menjadi penyumbang utama kepada pelepasan gas rumah hijau – memainkan peranan penting dalam peralihan ini.

Menerima penggunaan kenderaan elektrik (EV) pentinguntukmenyahkarbonsektor pengangkutan berikutan EV mengurangkan pelepasan karbon dan meningkatkan kualiti udara dengan ketara.

Sebagai syarikat tenaga terkemuka yang mengambil langkah proaktif melalui kerjasama strategik dan pembangunan infrastruktur,Tenaga Nasional Bhd (TNB) sentiasa komited untuk menyokong agenda negara ke arah penggunaan tenaga yang bersih dan mampan.

Komitmen ini bukan sahaja merangkumi penjanaan tenaga boleh baharu tetapi juga menggalakkan penyelesaian pengangkutan yang lebih bersih melalui pembangunan ekosistem pengecasan EV yang komprehensif.

KOMITMEN TERHADAP KEMAMPANAN