Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 16 Mac(Iteenews) – Sokongan kerajaan penting dalam mempercepat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT), kata pakar industri IoT.
Pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Favoriot Sdn Bhd Dr Mazlan Abbas berkata ini terutamanya penting di negara membangun seperti Malaysia yanginfrastruktur, pembiayaan dan kepakaran teknikalnya terus memberikan cabaran besar.
Mazlan berkata intervensikerajaan menerusi insentif cukai, subsidi dan rangka kerja kawal selia akan membolehkan perniagaan melabur dalam teknologi ini dan memacu transformasi digital jangka panjang.
"Menyediakan bantuan kewangan kepada perniagaan yang membangunkan penyelesaian AI dan IoT akan merangsang inovasi tempatan dan mengurangkan pergantungan terhadap teknologidiimport," katanya kepada Iteenews.
Menurutnya,Malaysia telah mencapai kemajuanketara dengan PelanHala Tuju Kecerdasan Buatan Kebangsaanyang menggariskan strategi utama untuk mengembangkan keupayaan AI merentas pelbagai industri.
Bagaimanapun, beliau berkata walaupun dasar dan rangka kerja telah dilaksanakan,penerimagunaan dunia sebenar masih menjadicabaran.
Mazlan berkata syarikat pemula niaga tempatan memainkan peranan penting mempercepatkan pelaksanaan AI dan IoT, terutamanya dalam menangani cabaran khusus komuniti dan memacu pertumbuhan ekonomi.
Tidak seperti syarikat yang lebih besar, beliau berkata syarikat pemula niagalebih tangkas, inovatif dan mampu bertindak balas dengan cepat kepada keperluan tempatan.