Critical Holdings Raih Dua Kontrak Bernilai RM84.71 Juta

6a40b92a1386a85c92c0e71e0a5ec5036564579be960a

KUALA LUMPUR, 12 Mac(Iteenews) — Critical Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Critical M&E Engineering Sdn Bhd meraih dua kontrak yang keseluruhannya bernilai RM84.71 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kontrak pertama yangbernilai RM63.61 juta, diperoleh pada 8 Mac, 2025untuk memasang pendingin hawa dan pengudaraan mekanikal, bilik bersih, utiliti proses, dan sistem automasi bangunan untuk sebuah kilang super berpusat.

"Kilang yang akan dibina untuk menyokong pengeluaran peralatan fabrikasi wafer di Taman Teknologi Bandar Cassia Batu Kawan, Prai, Pulau Pinang, untuk sebuah syarikat multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat," katanya.

Kontrak kedua pula diraih pada 10 Mac, 2025bagi memasang pendingin hawa dan sistem pengudaraan mekanikal untuk pusat data di Cyberjaya bagi salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia bernilai RM21.10 juta.

"Kerja-kerja bagi kontrak berkenaan telah dimulakan dan masing-masing dijangkasiap pada 9 Januari, 2026, dan 19 Oktober, 2025.

"Kontrak-kontrak ini dijangka menyumbang secara positifkepada pendapatan Critical Holdings untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 dan 30 Jun, 2026," katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif Critical HoldingsTan Si Lim berkata kejayaan meraih kontrak itu mencerminkan kepakaran industri syarikat yang kukuh dan keupayaannya untuk menyampaikan penyelesaian kejuruteraan yang kompleks bagi projek-projek bernilai tinggi.

"Kepercayaan yang diberikan kepada kami oleh kedua-dua pemimpin industri antarabangsa dan tempatan itu merupakan bukti kepada keupayaan teknikal dan kecemerlangan operasi kami.

"Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan kami di Pulau Pinang sambil kami terus mencipta kemajuan di kawasan tengah Semenanjung Malaysia, yang sejajar dengan rancangan pertumbuhan kami," katanya.