Saluran Paip Gas Terbakar Di Puchong – Bomba

KUALA LUMPUR, 1 April (Iteenews) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan berlaku kejadiankebakaran saluran paip gas di Taman Puchong Perdana, Puchong, Selangor pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.23 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.

Ahli Parlimen Subang JayaWong Chen yang turut berkongsi gambar kejadian menerusi Facebook beliau berkata anggota pasukan PANTAS Majlis Bandaraya Subang Jaya turut dalam perjalanan bagi membantu JBPM.

Beliau turut mengingatkan semua penduduk khususnya di kawasan berhampiran supaya berwaspada, sambil mendoakan semua yang terkesan selamat sertatabah, dan beliau juga yakin anggota bomba berupaya menangani kebakaran besar berkenaan.

Sementara itumenerusi siaran langsung seorang pengguna TikTok menggunakan akaun Perodua PuchongJayaJeffry, setakat 9.37 pagi ini api masih marak, walaupun kebakaran sudah berlarutan lebih sejam.

Beliau mengakui terdengar letupan kuat sebelum melihat api dilihat menjulang tinggi, dan tetap merasai bahang kebakaran itu walaupunberada cukup jauh dari lokasi kejadian.

Beliau berkata pasukan JBPM telah tiba di lokasi bagi menjalankan operasi memadam dan menyelamat.

— BERNAMA