BR Capital, Kopetro Memeterai MoC Tingkat Akses Ke Pelaburan Pendapatan Tetap

acbf313424e9843d3d39e7ddc6e2a291647f200dcd64e

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Iteenews) –Bursa Malaysia RAM Capital Sdn Bhd (BR Capital), usahasama antara Bursa Malaysia Bhd dan Ram Holdings Bhd, telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MOC) dengan Koperasi Kakitangan Petronas Bhd (Kopetro) untuk mengembangkan akses kepada pelaburan pendapatan tetap kepadaahli Kopetro.

MOC itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia dan Pengerusi BR Capital, Datuk Muhamad Umar Swift sertaKetua Pegawai Eksekutif Kopetro, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah.

Kedua-dua pihak melalui satu kenyataan bersama menjelaskankerjasama itu akan membantu ahli mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka selain mewujudkan aliran pendapatan tambahan untuk pembinaan kekayaan jangka panjang termasukmemupuk penyertaan yang lebih besar dalam pasaran pendapatan tetap Malaysia yang semakin meningkat.

“Fokus lain adalah bagi meningkatkan kesedaran pelabur mengenai peluang baharu dalam platform BR Capital.

“Ini akan dicapai melalui inisiatif pendidikan dan program jangkauan bagi memaklumkan ahli Kopetro tentang manfaat serta potensi pelaburan pendapatan tetap dalam pemeliharaan dan pertumbuhan kekayaan,” katanya.

Langkah penting dalam memperluaskan peluang pelaburan kepada15,000 ahli Kopetro adalah dengan memberikan mereka akses kepada platform pengumpulan dana dan pelaburan BR Capital.

“Melalui perkongsian ini, ahli -ahli akan berpeluang untuk meneroka pelbagai instrumen pelaburan yang lebih luas yang berpotensi menjana pulangan yang mampan sambil menyelaraskan prinsip kewangan yang bertanggungjawabserta opsyenpelaburan yang strategik termasuk mengukuhkan daya tahan kewangan mereka dan pertumbuhan jangka panjang,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Muhamad Umar berkata MOC adalah langkah strategik BR Capital untuk memperluaskan pangkalan pelabur dalam pasaran modal Malaysia.

“Bersama dengan Kopetro, kami mahu memperkasakan perjalanan pelaburan ahli Kopetro dengan memberi mereka peluang untuk mempelbagaikan portfolio dan mewujudkan kekayaan melalui nota pelaburan berkualiti tinggi di platform kami,” kata beliau.