Kredit: Petronas
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Iteenews) –Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah melancarkan inisiatif pelesenan jenama sulungnya menerusikerjasama dengan SIM Distribuidora (SIM).
Kerjasama ituakan menyaksikan pengoperasian tiga stesen runcit perintis di Brazil.
Stesen berjenama Petronas berkedudukan strategik di kawasan bandar utama ini menyasarkan untuk menawarkan pelanggan akses mudah kepada penyelesaian dan perkhidmatan bahan api Petronas, menggunakan teknologi dan pandangan daripada Formula Satu (F1) untuk meningkatkan pengalaman pemanduan.
Naib Presiden (Penapisan, Perdagangan dan Pemasaran) Petronas Ahmad Adly Alias berkatapelanggan Brazil akan mendapat manfaat daripada produk yang diperoleh daripada Penyelesaian TeknologiBendaliryang memenangi anugerah dan menjadi bahan apienjin jentera dalam perlumbaan F1.
"Jumlah kenderaan Brazil tinggi di rantau Amerika Latin memberi kami peluang untuk memanfaatkan pangkalan pelanggan yang lebih luas," katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian ini mewakili usaha pertama Petronas dalam pelesenan jenama untuk segmen runcit baharu dalam pasaran global.
Melalui model ini, Petronas melesenkan jenama dan formulasi bahan apinya kepada peruncit bebas yang sudah bertapak lama dengan memanfaatkan kepakaran operasi mereka.
Di bawah pengaturan ini, rakan kongsi akan menguruskan aspek kewangan dan operasi stesen runcit bahan api.
SIM, pengedar sah minyak pelincir Petronas sejak 2022, mengendalikan rangkaian 540 stesen runcit di tiga negeri di wilayah selatan Brazil.