KUALA LUMPUR, 25 Nov (Iteenews) — Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PetDag) naik kepadaRM335.13 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 berbanding RM184.72 juta dalam tempoh sama pada 2023 dipacu olehmargin kukuh.
PetDAg dalam makluman kepadaBursa Malaysia hari ini berkatamargin itu disokong oleh trendharga menggalakkan untuk komersial dan penurunan kos keseluruhan disebabkan oleh premium pembelian yang lebih rendah.
“Kumpulan itu juga mencatatkan volumlebih tinggi terutamanya daripada minyak kenderaan (Mogas) dan sektor penerbangan, susulandaripada peningkatan permintaan dan pergerakan penumpang di dalam danluar negara yang telah memberi kesan positif kepada keuntungan kumpulan PetDag,” katanya.
Bagaimanapun, PetDag berkata hasil berkurangankepada RM9.73 bilion pada suku ketigaberbanding RM9.92 bilion sebelumnya, di sebalikhasil lebih tinggi dalamsegmen runcitnya sebanyak RM1.61 bilion.
Hasil bagi segmen komersial merosot sebanyak RM152.3 juta manakala segmen kemudahan meningkat 18 peratus kepada RM220.5 juta, dipacu oleh permintaan lebih tinggi hasil daripada promosi Kedai Mesra, CafeMesra dan barangan PETRONAS Shop dalam tempoh tersebut, katanya.
Mengenai prospek, PetDag berkata ekonomi domestik yang berdaya tahan terus menyediakan kumpulan persekitaran operasi kondusif dan menyokong.
“Kumpulan itu akan kekal fokus pada penyelarasan dan kecekapan operasi serta mengembangkan segmen teras dan bukan bahan apitermasuk memanfaatkan aplikasi Setel dan mengembangkan penawaran produk Mesra untuk memberipengalaman pelanggan yang lancar,” tambahnya.
PetDag telah mengisytiharkan dividen interim 24 sen yang harusdibayar pada 24 Disember, 2024.
— BERNAMA