Oleh Khatijah Jistoh
TONGOD,30 Jan (Iteenews) — Penduduk di Tongod, daerah yang dikenali sebagai daerah paling miskin di Malaysia, melihat bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai 'penyelamat' yang memberikan peluang untuk bertahan sekali gus mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan yang paling memerlukan.
Tongod mencatat kadar kemiskinan tegartertinggi di Malaysiaiaitu5.9 peratus berdasarkan Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIS) 2022 olehJabatan Perangkaan.
Ibu tunggal dari Kampung Tongod, Jolleta Salim, 45, berkongsi bahawa STR membantu menampung kos rawatan dua anaknya berusia 15 dan 20 tahun yang menghidap talasemia dan perlu menjalani rawatan susulan diHospital Duchess of Kent, Sandakan, terletak 190 kilometer dari Tongod.
Bantuan itu katanya menjadi 'penyokong' penting dalam menempuh hidupsebagai ketua keluarga dan membiayai lima anaknya dengan latar ekonomi yang semakin mencabar.
“STR memberi manfaat kepada semua penduduk di daerah Tongod terutamanya yang kurang berkemampuan. Selain kos rawatan, saya guna STR untuk menampung perbelanjaan sekolah dan barang dapur,”katanya kepada Iteenews.
Seorang petani dari Kampung Kiliwatong, Morven Janal, 44, pula berharap kerajaan meneruskanSTR yang disifatkan cukup besar ertinya kepada penduduk di luar bandar terutama mereka yang tidak berpendapatan tetap sepertinya.
Beliau yang menghidap penyakit resdung sejak empat tahun lepas menggunakan duit bantuan STR untuk menampung kos rawatan termasuk perjalanan ke hospital yang melebihi RM100 setiap kalijanji temu dengan pakar di hospital sama.
“Saya berjimat dengan duit STR ini, selain untuk kos kesihatan, bantuan ini juga menampung keperluan keluarga termasuk persekolahan lima anak,” katanya.