Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Iteenews) — Kerajaan sedang mengkaji data dan akan memastikan subsidi bagi petrol, kesihatan dan pendidikan membantu golongan yang sewajarnya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah menarik balik subsidi petrol RON95 untuk kumpulan T15 atau 15 peratus teratasdan warga asing adalah sebahagian daripada usaha meluas kerajaan untuk memastikan subsidi disasarkan kepada golonganyang benar-benar memerlukan.
“Saya berpandangan bahawa aspekpaling penting adalah, apa-apasahaja yang kita lakukan dalam kerajaan, penting untuk meneliti data dengan baik dan memastikan ia benar-benar tertumpu kepada kumpulan yang sewajarnya.
“Masih banyak perkara yang sedang dilaksanakan. Oleh itu, saya berpendapat,kita tidak sewajarnyamembuat spekulasi mengenai nilai ambang dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Gala Diraja bagi meraikan ulang tahun ke-120 St John's Institution di sini malam tadi.
Beliau berkata, butiran selanjutnya seperti nilai ambang pendapatan dan mekanisme pelaksanaan masih dalam perbincangan.
“Dari segi kadar nilai ambang dan mekanisme, kita akan umumkan pada tahun depan,” kata beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan MADANI Ketiga 2025 pada Jumaat berkata,kerajaan memberi jaminan akan mempertahankepentingan rakyat terbanyak dalam pelaksanaan penyasaran subsidi.
Anwar berkatakerajaanbercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan2025 dan penjimatan yang dicapai daripadanyaakan dimanfaatuntuk kesejahteraan rakyat terbanyak.
— BERNAMA