Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Iteenews) — Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terbuka untuk meneroka penggunaan teknologi baharu bagi penjanaan elektrik sebagai usaha mencapai aspirasi pelepasan karbon sifar bersihseawal tahun 2050.
Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata antara teknologi yang dipertimbangkan ialah sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), penyimpanan pam hidro, teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS)serta teknologi nukleartermasuk reaktor modular kecil (SMR) sertareaktor konvensional berskala besar.
“Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaksanaan Pembekalan Elektrik dan Tarif bilangan 2/2024 pada 21 November lepasbersetuju memasukkan BESS dan penyimpanan pam hidro sebagai sebahagian daripada sumber penjanaan elektrik di Semenanjung,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatan kuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Pada masa yang sama, kementerian itu terus mempergiatkan pelaksanaan program-program Tenaga Boleh Baharu (TBB)termasuk program tarif galakan (FiT), Pemeteran Tenaga Bersih (NEM), Penggunaan Sendiri Pemasangan PV Solar(SELCO), Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP)dan Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRES)bagi mencapai sasaran kapasiti terpasang TBB sebanyak 70 peratus, katanya.
Menyentuh mengenai ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT), Akmal Nasrullah berkata kerajaan sentiasa memantau perubahan harga bahan api untuk penjanaan elektrik melalui mekanisme berkenaan,setiap enam bulan.
"Ketika ini kenaikan harga bahan api menyebabkan surcaj perlu dikenakan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjungsepanjang tahun ini, namun kerajaan beri subsidi kepada pengguna domestik di bawah secara bersasar apabilapengguna di bawah 600 kilowatt sejam (kWj) masih menerima rebat sungguhpun pengguna sepatutnya dikenakan surcaj.
"Manakala pengguna 601 hingga 1,500 kWj tidak dikenakan surcaj atau rebat dan pengguna melebihi 1,500 kWjperlu membayar surcaj terhadap tarif elektrik masing-masing," katanya.
Bagaimanapun beliau berkatakerajaan melalui kaedah tersebut memberi subsidi bagi menampung surcaj berkenaantetapi ia tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2025.