Bursa Malaysia Umum Klasifikasi Subsektor Tenaga Boleh Baharu

fdfef1b3018693224724e79bf52a1e556784f317b1358Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift (Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 13 Jan(Iteenews) — Bursa Malaysia Bhd mewujudkansubsektor "tenaga boleh baharu"(TBB) dalam klasifikasi sektor tenaga dan utiliti untuk memberikan tumpuan kepada syarikat tersenarai awam (PLC) yang beroperasi dalam ruang TBB.

Ia berkata klasifikasi subsektor itu termasuk PLC yang terlibat dalam menyediakan peralatan dan perkhidmatan untuk pengeluaran TBB, serta menghasilkan atau mengagihkantenaga elektrik menerusi sumber TBB.

"Oleh itu Bursa MalaysiaSecurities Bhd telah mengemaskini klasifikasi sektor dan subsektor 13 PLC yang kini dikenal pasti beroperasi dalam ruang TBB, berkuat kuasa 9 pagi hari ini," katanya.

Bursa itu berkata nombor saham dan nama singkatan saham bagi sekuriti yang terlibat kekal tidak berubah.

Ketua Pegawai EksekutifDatuk Muhamad Umar Swift berkata pengenalan klasifikasi subsektor TBB menjelaskankeupayaan Bursa Malaysia untuk memenuhi minat pelabur yang meningkat dalam syarikat dan penyedia yang mesra alam.

Inisiatif ini, katanya turut menunjukkansokongan proaktif bursa terhadap industri pesat membangun seperti TBB yang memainkan peranan penting dalam membentuk Malaysia yang lebih hijau dan mampan.

"Penambahan ini akan meningkatkan daya tarikan kamikepada pangkalanpelabur yang lebih luas, seiring dengan misi Bursa Malaysia untuk mencipta peluang serta meningkatkan nilai.

"Kami tetap komited dalam meningkatkan daya tarikan pasaran modal kepada pelabur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, langkah klasifikasi itu akan memberikan pelabur maklumatlebih jelas terhadap peluang khusus yang tersediadalam subsektor sedang berkembang pesat seperti TBB.