Suami merajuk langgar peraturan trafik balas dendam terhadap isteri

Geli merajuk scaled

GAMBAR fail seorang lelaki menunggang motosikal di Amritsar, India. – Foto AFP

NEW DELHI – Seorang wanita dari Muzaffarpur, negeri Bihar, bingung apabila dia mula menerima rentetan saman kesalahan lalu lintas menerusi telefon bimbitnya, lapor portal berita India Today semalam. 

Pada mulanya, dia membayar saman itu dengan harapan ia adalah insiden yang berlaku sekali sahaja. 

Namun, apabila masih berterusan menerima saman, dia berasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Rupa-rupanya, suaminya yang tidak lagi tinggal serumah, sengaja melanggar peraturan lalu lintas dengan menunggang motosikal.

Motosikal itu adalah hadiah perkahwinan mereka dan didaftarkan atas nama wanita tersebut, namun si suami enggan memulangkan kenderaan itu kepada isterinya. 

Dia sengaja melanggar peraturan lalu lintas sebagai tindakan balas dendam. Pasangan itu kini dalam proses bercerai.

Pegawai polis tempatan, Ravi Gupta berkata, wanita itu kemudian membuat laporan polis, manakala kes tersebut masih disiasat. – AGENSI