Matrade, DMDI Bekerjasama Untuk Tingkatkan Galakan Eksport

03102e1d78abb267e7670a09f129d0a05f5f2c9fd5225

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Iteenews) –Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) memeteraimemorandum persefahaman (MoU) bagimemperkukuh kerjasama untukmenggalakkanperdagangan sertaeksport.

MATRADE dalam satu kenyataan hari ini berkata melalui kerjasama ini, pihak-pihak terlibat akanmewujudkan rangka kerjakomprehensif untukbekerjasama dalam pelbagai bidang utama.

"MATRADE dan DMDI akan bersama-sama dalam memudahkan misi perdagangan, penyertaan dalam acara perdagangan antarabangsa utamaserta menghubungkan syarikat Malaysia dengan pihak berkepentingan terkemuka, rakan kongsi dan pembeli berpotensi.

"Selain itu,syarikat Malaysia akan dihubungkan bersama komuniti perniagaan di negara-negarabersekutu dengan DMDI," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADEAbu Bakar Yusofberkata apabila pasaran global terus berkembang, adalah penting bagi pengeksport untuk kekal dimaklumkan mengenai dinamik pasaran terkini dan keistimewaan sebelum memasuki pasaran baharu.

"Strategi untuk memasuki pasaran global mungkin berbeza, bergantung kepada negara sasaran, tetapi semua pasaran memerlukan pengeksport untuk memanfaatkan platform dan trend perniagaan terkiniserta media dalam talian, sama ada untuk mengembangkan eksport dalampasaran sedia ada atau mempelbagaikan ke pasaran baharu," katanya.

Beliau berkata kerjasama ini juga akan melibatkan pertukaran dan penyebaran maklumat berkaitan perdagangan untuk meningkatkan kesedaran mengenai peluang bagi pengeksport Malaysia dan untuk memberi inspirasi kepada komuniti perniagaan melalui kisahkejayaan inisiatif ekonomi di rantau ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Ekonomi DMDI, Prof. Datin Seri Azreen Abu Nohberkata kerjasama ini sangat penting bagi DMDI kerana ia membuka horizon dan platform baharu untuk rangkaian ekonomi yang lebih luas dan akses ke pintu masuk pasaran.

"Ini pasti akan memberi manfaat kepada MATRADE dan usahawan-usahawan lain selainmemberikan mereka pandangan yang lebih baik terhadapnegara-negara DMDI kami," katanya.