Gambar fail
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Iteenews) — Keadaan banjirdi tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat 9 pagi ini.
DiKelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orangmelibatkan20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat,36 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di PPSSekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh di Pasir Mas manakala 44 mangsa lagi (12 keluarga) di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor di Bachok.
Berdasarkanportal Public InfoBanjir, dua sungai utama di Kelantan melepasi paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan ketinggian 8.27 meter manakala Sungai Semerak di Pasir Puteh padaparas 2.35 meter.
Selain itu, dua sungai berada pada tahap berjaga-jaga iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dengan ketinggian 2.02 meterdan Sungai Melor di Bachok, 7.01 meter.
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan sedikit peningkatan kepada 55 orang berbanding 51 orang malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JBPNT) memaklumkan 55mangsa daripada 14 keluarga itu ditempatkan di dua PPSiaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Rawai dan Dewan Sivik Merchang.
Sementara itu, semakan di portal InfoBanjir mendapati paras air di tiga lokasi iaitu Parit Utama di Padang Kemunting (F1), Kuala Nerus; Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu dan Sungai Besut di Kampung La (F2), Besut melepasi paras waspada.
Di Johor, jumlah mangsa banjir di daerah Segamat masih kekal 28 orang daripada lapan keluarga setakat9 pagi.