GEORGE TOWN – Pekerja kilang yang disyaki membunuh dua beranak di hadapan lif sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam di sini Khamis lalu akan didakwa esok.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, suspek akan dituduh di Hospital Pulau Pinang (HPP) di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
”Pihak polis berjaya melengkapkan siasatan kes bunuh berprofil tinggi ini dalam enam hari sahaja sehingga menghasilkan pertuduhan terhadap suspek bunuh ini. Pertuduhan terhadapnya akan dijalankan di HPP esok,”katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 12.54 tengah hari, Siti Zulaila, 30, dan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62 maut selepas ditikam seorang pemuda menggunakan pisau kerana berang wanita itu tidak membalas cintanya.
Suspek kemudian mengelar dan menikam dirinya sendiri beberapa kali selepas membunuh dua beranak tersebut. -https://amiminerals.org/