KUALA LUMPUR, 10 Nov (Iteenews) — Sapangar Bay Container Port (SBCP),melalui sinergi dengan DP World Plc yang berpangkalan di Dubai dan Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB), bersedia berintegrasi ke dalam rangkaian global DP World bagi meningkatkan peranannya secara strategik dalam Asia Tenggara dan membolehkannya memanfaatkan kepesatan pertumbuhan eksportdi rantau ini.
Perkongsian antara kedua-dua syarikat tersebut mencapai kejayaan baharu tahun ini dengan pemindahan pengurusan pelabuhan kepada DP World, yang dilaksanakan di bawah syarikat usaha sama DP World Sabah Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan DP World Asia Pasifik, Glen Hilton berkata SBCP akan menerima sambungan yang dipertingkatkan ke pelabuhan serantau dan antarabangsa, menjadikannya sebagai destinasi yang lebih menarik untuk pelaksanaan penghantaran secara langsung.
“SBCP memegang kedudukan strategik sebagai hab pemindahan penghantaran bagi wilayah Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei–Indonesia–Malaysia–Filipina (BIMP-EAGA), dengan kedudukanyang amat dekat dengan pasaran industri serta pengguna utama seperti China, Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan Australia .
“Melalui perkongsian ini, SBCP akan mempunyai akses yang lebih baik kepada rangkaian pelabuhan dan terminal kami, sekaligus, membantu mengurangkan kos, masa transit selain menyediakan opsyen penghantaran yang lebih dipercayai, seterusnya, menyumbang kepada kecekapan operasi dan daya saing,” katanya kepada Iteenews.
Rangkaian DP World menghubungkan SBCP dengan pelabuhan serantau yang lebih kecil dalam wilayah BIMP-EAGA dan hab global yang lebih besar, memberikan akses ke laluan perkapalan global kepada pemilik kargo di Sabah, yangmana, kargo ini boleh dihubungkan terus kepadakapal di laluan kontena utama.
DP World dan SPSB telah mewujudkan perkongsian strategik pada 2019 bagi meneroka potensi SBCP sebagai hab serantau, bertujuan untuk meningkatkan ketersambungan darat dan pesisir laut di seluruh Sabah, ini akan mengurangkan kos dan masa transit termasukmeningkatkan standard prestasi dalam rantaian bekalan negeri.
Hilton menekankan perkongsian itu sejajar dengan rancangan pengembangan SBCP yang mahu menambah kapasiti pengendalian terminalnya kepada 1.25 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) menjelang 2026.
“Kami akan memperluaskan pengendalian kargo SBCP termasuk melonjakkanperdagangan melalui Sabah, yang akan menjana skala ekonomi bagi syarikat perkapalan dan pemilik kargo yang berkepentingan, selanjutnya,mengurangkan kos logistik di seluruh rantau ini,” katanya lagi.