Zahid Harap BN Pertahan Kerusi DUN Mahkota

d9ef1d6953b446ac42fa9fbe794f1b1566c301ce2ff98Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama orang ramai ketika hadir merasmikan Penutupan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil Peringkat Kebangsan 2024 di MRSM Bagan Datuk hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

BAGAN DATUK, 19 Ogos (Iteenews) –Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap parti itu akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung pada 28 Sept.

Presiden UMNO berkata pengharapan itu berdasarkan momentum kemenangan BN pada PRK DUN Nenggiri Sabtu.

“Di Mahkota (kerusi DUN Mahkota) kita (BN) menang 5,200 majoriti. Di Nenggiri kita kalah dulu 810 undi, kita berusaha dan berdoa kepada Allah agar kawasan itu (Mahkota) dapat kitadakapi,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pemajuan Kawasan (PPK) RPT Simpang Tiga, Bagan Datuk, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata angin perubahan telah berlaku di Kelantan, berikutan keputusan PRK Nenggiri yang dirampas semula oleh BN pada PRK itu.

Beliau berkata beliau merasakan bahawa satu angin perubahan telah berlaku di Kelantan dan jika sebelum ini ada yang pihak luar mengatakan bahawa UMNO tidak lagi relevan, keputusan di Nenggiri telah memperlihatkan yang sebaliknya.

“Kerana kita ketahui bahawa Kelantan adalah negeri yang dikuasai berdekad-dekad, sekurang-kurangnya tiga dekad oleh sebuah parti yang menjanjikan syurga tetapi masalah-masalah asas tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kemenangan di Nenggiri bukan sekadar menebus maruah UMNO di Gua Musang, tetapi mahu menghantar mesej isu-isu yang selama ini dilemparkan kepada BN dan UMNO tetapi jika dijelaskan, maka rakyat yang rasional dapat menerimanya.

Mengulas mengenai adakah BN akan melibatkan jentera Pakatan Harapan (PH) pada PRK DUN Mahkota, beliau berkata keterlibatan PH sangat penting kerana komposisi dan demografi pengundi di DUN Mahkota berbeza dengan Nenggiri.

“Apatah lagi kita lihat jumlah pengundi di DUN Mahkota tiga kali ganda daripada DUN Nenggiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *