KOTA KINABALU, 14 Feb (Iteenews) — Parti Warisan (Warisan) hari ini menafikan wujudnya persefahaman parti itu dengan Barisan Nasional (BN) Sabah melibatkan pembahagiankerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi kedua-dua partipada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Timbalan Presidennya Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenaipersefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.
“Saya telah menerima banyak panggilan serta pesanan Whatsapp daripada wartawan, ahli Warisan dan orang awam yang bertanyakan adakah iabenar bahawa satu persefahaman pilihan raya antara Warisan dan BN Sabah telah dibuat.
“Untuk pengetahuan semua, saya mengesahkan di sini bahawa tidak ada sebarang persefahaman pilihan raya dibuat antara Warisan dan BN Sabah termasukdengan mana-mana parti politik yang lain,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Cadangan atau pendapat tentang persefahaman pilihan raya antara Warisan dan parti-parti politik yang laintidak pernah dibawa ke peringkat Biro Politik atau Majlis Tertinggi parti ituuntuk dibincangkan, menurut beliau.
Semalam, sebuah portal berita mendakwa Warisan dan BN Sabah telah mengadakan perbincangan bagi mencapai kompromi dalam PRNSabah akan datang dan mendakwa kedua-dua pihak dilaporkanberkemungkinan tidak bertanding antara satu sama lain di 50 daripada 73 kerusi DUN Sabah.
Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan berkata kerajaan negerimempunyai tempoh sehingga Oktober inisebelum DUNSabah dibubarkan bagi memberi laluan kepadaPRN.