Wanita Perlu Terus Bersuara Untuk Tingkat Representasi Dalam Parlimen

65523051951e70484ecdb91b9920e5ad6720e3829c846 Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Iteenews) — Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat DatukDrRamliMohd Nor menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatanrepresentasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan merupakan satu naskhah‘hidup’ yang boleh diubah sebaik mungkin,mengikut kesesuaian zaman, sekali gus tidak mengenepikan hak mana-mana individu di negara ini.

“Puan-puan.. saya faham bahawa anda mahukan perwakilan sewajarnya di Parlimen,jadi saya (nak) beritahu sekarang adalah masa yang tepat (untuk bertindak), tetapi awakpunya kumpulan pendesak (perlu main peranan).

“Saya cadangkan kalau nakramai wanita dalam Parlimen, pinda buku ini(Perlembagaan Persekutuan), anda hanya ada tiga tahun sebelum pilihan raya akan datang… (Perlembagaan Persekutuan) adalah sesuatu yang ‘hidup’, kalauberpegang kepada yang lama tanpa pindaan, kita akan masih di belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi seorang daripada ahli panel dalam sesi dialog bertajuk Tatakelola Parlimen: Kuasa dan Sempadan Legislatif sempena Simposium Parlimen Malaysia Kali Ketiga yang diadakan di Bangunan Parlimen hari ini.

Sesi dialog yang dikendalikan oleh moderator personaliti TV3 Nadia Azmi itu turut menampilkanTimbalan Yang Dipertua Dewan NegaraDatuk Nur JazlanMohamed dan penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) ProfDatuk Dr Sivamurugan Pandian sebagai ahli panel.

Ketika ini hanya30 orang Ahli Parlimen wanita yang diDewan Rakyat.

Sementara ituSivamurugan berkata adalah tidak wajar wujudnya diskriminasi wanita dalam politik, terutama jika seorang individu itu mempunyai kewibawaan.

“Wanita tidak boleh lagi menjadi perayu undi dengan bergerak dari rumah ke rumah semata-mata untuk mencari undi demi parti politik.