Wakil Rakyat GPS Diingat Tidak Lupa Tanggungjawab, Amanah

1ad011bce5257800c830c437a5f970c06828af15e6f84

SIBU, 17 Mei (Iteenews)Wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) diingatkan supaya tidak lupa tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan rakyatserta mengekalkan keharmonian dalam gabungan itu demi masa depan rakyat Sarawak.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing berkatakedudukan yang disandang wakil rakyat bukanlah lambang darjat sebaliknya mandat yang harus dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab terhadap rakyat.

“Kerusi yang kita duduki bukanlah satu kebanggaan peribaditetapi adalah kepercayaan rakyat untuk kita memperjuangkan hak dan nasib merekatanpa mengira kaum dan agama,” katanya ketika berucap pada Majlis Pra Gawai 2025 anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Senidan Budaya serta Pusat Khidmat PDP Dudong dan PDP Sibu malam ini.

Tiong, yang juga Menteri Pelancongan, Senidan Budaya serta Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong berkata semangat setiakawan dalam kalangan parti komponen GPS perlu dipelihara serta dipertingkatdari semasa ke semasa.

Beliau turut menyokong saranan Naib Presiden Kanan PDPDatuk Seri Wong Soon Koh agar semua anggota GPS mengelakkan tindakan yang mampu melemahkan antara satu sama laintermasuk gerakan di peringkat akar umbi untuk saling menjatuhkan.

“Kita perlu menghormati satu sama lain. Sikap angkuh atau ego dalam kalangan pemimpin hanya akan meretakkan hubungan dalam GPS dan memberi kelebihan kepada pihak lawan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan perpecahan dalam gabungan itu boleh membawa kemusnahanseperti yang berlaku dalam beberapa parti politik di Semenanjung Malaysia.

“Kalau parti kita tidak aman, akhirnya rakyat akan hilang kepercayaan dan kita akan dibuang begitu sahaja,” katanya.

Sehubungan itu, Tiong berkatakeharmonian dan perpaduan adalah asas penting untuk semua komponen GPS mencapai misi bersama dalam memperjuangkan hak rakyat dan membangunkan Sarawak secara menyeluruh.