Presiden Parti UPKO yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Sabah Datuk Ewon Benedick (tujuh, kanan) memotong kek sebagai simbolik sambutan Ulang Tahun UPKO ke-31 di Sabah Internationl Convention Center.
KOTA KINABALU, 2 Mei (Iteenews) –Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) komited mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, selain menyasarkan untuk menambah kemenangan di beberapa kerusi lain.
PresidennyaDatuk Ewon Benedickberkata parti itu akan terus bersiap siaga menghadapi pilihan raya berkenaan sebagai komponen dalam Pakatan Harapan (PH), sambil rundingan dalaman bersama PH Sabah serta perbincangan tidak rasmi dengan gabungan lain diteruskan.
"Keputusan kita mesti berpandukan tujuan dan matlamat penubuhan parti, selain ditunjangi pertimbangan rasional dan strategik demi masa depan Sabah dan rakyatnya," katanya pada majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun ke-31 UPKO di sini malam ini.
Ewon yang juga Pengerusi PH Sabah berkataselepas 62 tahun menyertai Persekutuan Malaysia, rakyat Sabah seharusnya menilai kemajuan dari segi infrastruktur, ekonomi, tadbir urus dan kerjasama politik, selain memperkukuh sikap dan nilai kepimpinan negeri.
Beliau sebelum ini memenangi kerusi DUN Kadamaian dalam PRN lalu dengan majoriti 3,459 undi dalam saingan enam penjuru.
Mengulas lanjut, Ewon berkata PRN Sabah kali ini wajar dijadikan medan untuk mengukur tahap perpaduan rakyat serta kerjasama antara parti politik di negeri itu.
"UPKO bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang berkongsi wawasan dan aspirasi sama, sama ada parti tempatan mahupun nasional," katanya.
Beliau menegaskanpenyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia sejak 1963 perlu diterjemahkan melalui kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, selaras dengan aspirasi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menurutnya pembinaan negara yang lebih baik bermula dengan memperkukuh rasa memiliki atau sense of belonging rakyat Sabah terhadap kerajaan negeri mereka sendiri.