UMNO Tidak Tamak Minta Jawatan Menteri Kabinet Jika Berlaku Kekosongan

4d7302a10aded99c492e1d2523b7f97a683179be16c04Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Pengerusi Majlis TVET Negara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Eastern International TVET Pahang, Gambang di sini hari ini.

KUANTAN, 24 Mei (Iteenews) — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tidak tamak untuk meminta jawatan menteri kabinet yang berkemungkinan kosong susulan keputusan pemilihan kepimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata sekiranya berlaku kekosongan, ia hak PKR.

"Itu hak mereka, kita tidak boleh campur dan kita tahu batas-batas permintaan kita … .Saya tidak fikir UMNO begitu tamak untuk memohon jawatan itu diberikan kepada UMNO.

“Kita bersyukur kerana kita ada tujuh menteri UMNO dalam barisan Jemaah Menteri," katanya pada sidang media selepas merasmikan “Eastern International TVET” di sini hari ini, dan turut hadir pada majlis iniMenteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada 10 Mei lepas, Menteri EkonomiDatuk Seri Rafizi Ramli menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet jika gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata UMNO tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman parti lain, termasuk PKR, sebaliknya mahu memberi tumpuan terhadap parti sendiri.

"Saya tidak seharusnya campur dalam urusan parti lain dan tentunya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan sesuatu terbaik supayakerajaan sedia ada dan anggota Jemaah Menteri dapat bergerak terus seiring sejalan untuk menentukan pengukuhan Kerajaan MADANI," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu PKR, termasuk Nurul Izzah Anwar sertaberharap dapat mengeratkan lagi jalinan hubungan dengan UMNO melalui Pakatan Harapan dan BN.

Terdahuludalam ucapannya, Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan Wan Rosdy sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Usahawan.