Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika ditemubual BERNAMA sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 25Ogos (Iteenews) — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan dakwaan berlakuperpecahandalam parti itu di negeri berkenaan terutamamembabitkan beliaudan timbalannyaDatuk Seri Abdul RahmanDahlan.
Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkatadakwaan itu hanya persepsi sesetengah pihak.
“UMNO Sabah kita tidak ada perpecahan. Perbezaan pendapat itu memang ada dan kita menghormati perbezaan pendapat antara satu sama lain tetapi akhirnya UMNO perlu memutuskan sesuatu untuk mencapai kerajaan,” katanya kepada Iteenews.
Bung Moktar berkata ketika ini fokus UMNO dan BN Sabah adalah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlaku bila-bila masa sahaja.
Beliau berkataperkara ini amat penting ketika UMNO Sabah ketika ini menggalas dan menyahut cabaran pucuk pimpinan parti untuk BN menang besar dan UMNO kembali menjadi kuasa dominan dalam kerajaan pada PRN Sabah.