KUALA LUMPUR, 1 Jun (Iteenews) –UMNO menghormati kebebasan setiap individu dalam membuat pilihan politik, kata KetuaPenerangan Datuk SeriAzalina Othman Said.
Beliau berkatabagaimanapun,perwakilan dalam Jemaah Menteri disandang adalah atas mandat parti yang diwakili danbukan atas kapasiti peribadi.
“Walaupun Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mempengerusikan Majlis Perpaduan (MajlisPerundinganPimpinan Kerajaan Perpaduan), setiap Menteri yang dilantik adalah sebagai wakil rasmi parti masing-masing.
“UMNO tetap komited memberi khidmat kepada negara dalam kerangka Kerajaan Perpaduan dan akan terus menunaikan amanah rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Undang-undang dan Reformasi Institusi) ituturut menyeru semuaahli dan penyokong parti agar kekal fokus kepada pembangunan negara.
“Politik individu boleh berubah, tetapi perjuangan parti demi agama, bangsa dan negara harus kekal,” katanya.
Dalam pada itu, Azalina berkataBiro Undang-Undang UMNO juga telah diminta meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senatorbagi memastikan semua tindakan selanjutnya mematuhi kerangka perundangan.
Pada Jumaat lepas, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industrimengumumkanpeletakan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja sertaahli UMNO dan pada masa samamenyatakan niat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).