Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sesi pengulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Dewan Merdeka hari ini.– fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Iteenews) — UMNO harus menggunakan perkembangan teknologi terutama kecerdasan buatan (AI) dalam usaha melakukan anjakan bagi mendepani dinamikpolitik masa kini, kata PresidennyaDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Beliau berkata parti ituperlu bersedia untuk menghadapi perkembangan teknologi kerana ia merupakan hakikat baharu dalam politik negara.
“Senario dan realiti politik telah berubah, dalam usaha melakukan anjakan, kita juga mesti sentiasa bersedia menghadapi perkembangan teknologi, dengan teknologi baharu harus didakap dan digunakan terutama teknologi AI,” katanya.
Beliau berkata demikiandalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad Zahid berkata UMNO juga bernasib baik kerana ketiga-tiga pemimpin sayap iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri telah terlebih dahulu ‘mendakap’ penggunaanteknologi digital dalam kaedah baru kepimpinan mereka.
Sementara itu beliau yang jugaMenteri Kemajuan Desa dan Wilayahturut mengumumkan pelaksanaan program Pemerkasaan Usahawan Wanita Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang akan diadakan di semua 191 bahagian UMNO seluruh negara.
“Sebagai menteri yang menjaga MARA, saya meluluskan," katanya sebagai respons terhadap cadangan daripada perwakilan Wanita (UMNO) yang memohon bantuan untuk usahawan wanita mengembangkan perniagaan.
Pada sidang media selepas ituAhmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO perlu melakukan perubahan dalam kerja-kerja mendekati pengundi, terutamanya dalamkalangan orang muda.
“Realitinya perubahan pendekatan perlu dilakukan, terutama dalam mendakapi teknologi baharu dalam komunikasi politik untuk kita mendekati dan menyantuni para pengundi, terutamanya pengundi muda, dengan melakukan pendekatan baharu yang selama ini mungkin kita terlepas pandang ataupun tidak memberikan fokus,” katanya.