UMNO Belum Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul – Asyraf Wajdi

4a67472c9841310ee392af0df0110a7d6668f9c1a227eDatuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Iteenews) –UMNO masih belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan Ahli Majlis Tertinggi parti itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,kataSetiausaha Agungnya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi dalam kenyataan malam ini berkataUMNO memandang serius niat peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu kerana ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.

“Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian dalamkalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan sehingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri dalamkalangan ahli akar umbi,” katanya.

Sementara itu,Setiausaha Agung PKR DrFuziah Salleh memberitahu Iteenews beliau akan mengulas mengenai perkara itu esok.

Tengku Zafrul yang jugaMenteriPelaburan, Perdagangan dan Industri hari inimengumumkanpeletakan jawatansebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Menurut Tengku Zafrulbeliau telah menyatakan niat untuk menyertai PKR kepada Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Fuziah.