Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) berkesempatan menyanyikan lagu berjudul \”Tunggu Sekejap\” pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Blok C5 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Aras 1, Kompleks C, hari ini.Turut kelihatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang (dua, kanan).–fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
PUTRAJAYA, 21 April (Iteenews) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh memetik bait lagu ‘Tunggu Sekejap” dendangan Tan Sri P.Ramleeyang diubah liriknya, sebagai menjawab soalan media berhubung beberapa keputusan pemilihan PKR yang mencatatkan kejutan.
Beliau yang ditemui diMajlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ketika ditanya mengenai kekalahan beberapa ‘nama besar’ dalam parti pada pemilihan itu, dengan santai bernyanyi:"Tunggu sekejap, jangan dikenang orang jauh..tunggu sekejap," tanpa memberikan jawapan lanjut mengenai isu tersebut.
Gelagat perdana menteri yang ceria dan bersahaja itu mengundang tawa para wartawan sebelum beliau meninggalkan majlis berkenaan.
Proses pemilihan PKR yang berakhir semalam menyaksikan angin perubahan dalam pimpinan parti, dengan beberapa calon hebat tewas,antaranya Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Naib Presiden PKR, gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang Setiawangsa apabila tewas kepada pengarah serta pelakonDatuk Afdlin Shauki.
Nik Nazmi meraih 563 undi berbanding Afdlin yang memperoleh631 undi.
Selain ituTimbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim turut gagal dalam cubaan merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang Hang Tuah Jayaapabila hanya memperoleh 791 undi berbanding pencabarnya Zamzizul Nordin yang meraih 1,905 undi.
TerdahuluAnwar yang juga Menteri Kewangan tiba di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MOSTIpada 12.15 tengah hari dan meluangkan masa hampir sejam menyantuni warga MOSTI.
Selain ituPerdana Menteri hari ini turut meluangkan masa menghadiri Majlis Santunan Mesra Aidilfitri yang dianjurkan olehBahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Anwar yang tiba pada 12.50 tengah hari disambut Menteri di JPM (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman dan warga kerja BHEUU.