Foto: Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Foto: Tenaga Nasional Berhad (TNB)
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Iteenews) –Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengisytiharkan jumlah dividen sebanyak 51 sen sesaham, tertinggidalam tempoh empat tahun, berjumlahRM2.96 bilion sambil mengulangi komitmenuntuk meningkatkan nilai jangka panjang syarikat melalui pengurusanmodal yang berdisiplin, operasi yang mantap dan pelaburan berfokus komuniti yang memberi manfaat kepada para pemegang saham serta rakyat.
Menurut kenyataan TNB, komitmennya terhadap pembangunan negara melangkaui pulangan kewangan semata-mata dan menerusi program berfokus dalam pendidikan, pembangunan komuniti serta kesejahteraan, syarikat itu menyalurkan pelaburan jangka panjang ke arah hasil yang bermakna.
Kenyataan itu memaklumkan inisiatif TNB bertujuan memperkasa komuniti yang kurang mendapat perhatian, merapatkan jurang peluang serta memupuk perpaduan sosial dan melalui biasiswa, program pendidikan serta jangkauan luar bandar, ia memperkasagenerasi masa depan selain memberi impak jangka panjang.
"Usaha ini mencerminkan komitmen TNB terhadap kemakmuran bersama serta pembangunan negara melangkaui peranannya sebagai syarikat utiliti dan sebagai sebahagian inisiatif luar bandar, ia melaksanakan fasa ke-11 Program Lampu Jalan Kampung pada 2024 dengan memasang lebih14,000 lampu LED yang menjimatkan tenaga di kawasan yang kurang mendapat perhatian bagi meningkatkan keselamatan, keterhubungan dan keterangkuman ekonomi," katanya.
Menurut TNB, pembayaran dividen ini sejajar dengan dasar syarikat yang menetapkan kadar 60 peratus yang memberikan manfaat kewangan langsung kepada jutaan rakyat Malaysia memandangkan lebih60 peratus saham TNB dimiliki secara kolektif oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC) utama sepertiPermodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Lembaga Tabung Haji (LTH)
Pada 2024, TNB turut menyumbang sebanyak RM874.7 juta dalam bentuk cukai dan zakat sekali gus memperkukuh kewangan awam dan menyokong kesejahteraan komuniti di seluruh negara selain memperuntukkan RM140.9 juta dalam bentuk sumbangan dan tajaan merangkumi bidang pendidikan, sukan, kesejahteraan komuniti dan alam sekitar.
TNB memaklumkan prestasi kukuh syarikat itu turut disokong oleh gabungan faktor makroekonomi yang positif termasuk pengukuhan ringgit dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 5.1 peratus digandingkan dengan pengurusan kos berhemah dan kecekapan operasi yang turut mencerminkan rekod konsistennya dalam mengekalkan pembayaran dividen pada tahap tertinggi dalam julat30-60 peratus sejak lapan tahun lalu.
Menurut kenyataan itu, seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Malaysia mencatatkan kadar tertinggi dalam sejarah untuk pelaburan yang diluluskan iaitu RM378.5 bilion pada 2024 yang turut menyumbang kepada peningkatan permintaan elektrik industri dan komersial.
Menurut TNB, pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan operasinya malah sejajar dengan aspirasi negara yang menyediakan infrastruktur yang boleh dipercayai, memacu pertumbuhan yang inklusif dan mempercepatkan peralihan tenaga di bawah kerangkaEkonomi MADANI.