Tindakan Bekas Ketua Wanita UMNO Perak Sertai PAS Sudah Dijangka – Saarani

07949d53d153875ae4e257bbb9de3ad56804bb258ffa6Datuk Seri Saarani Mohamad

TAPAH, 20 April (Iteenews) — Tindakan bekasKetua Wanita UMNOPerakDatuk Dr Wan Norashikin Wan Noordinmenyertai parti PAS, tidak memberikan sebarang kesan kepada UMNO, kataPengerusi Badan Perhubungan UMNO PerakDatuk Seri Saarani Mohamad.

Menteri Besar Perak itu berkata tindakanWan Norashikin,yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampong Gajah berkenaan, sudahlama dijangka.

“Kami sudah menjangkakannya sejak lama…jadi, perkara itu tidak memberi sebarang kesan. Dia hanya menyebabkan kekurangan satu undi di Parlimen Pasir Salak dan DUN Kampong Gajah,"katanyakepada pemberitaselepas merasmikan Program Sejati MADANI: Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Kampung Kenangan di sini hari ini.

Wan Norashikin,yang ditemani suaminya iaitu Setiausaha PASKawasan Tapah Muhammad Noor Farid Zainal menyerahkan borang keahliankepadaPresiden PASTan Sri Abdul Hadi Awang sempena Ceramah MegaPRK Ayer Kuning di Kampung Tanjung Keramatdi sini, malam tadi.

Dalam pada itu,Saarani menangkisdakwaan Abdul Hadi pada ceramah berkenaanbahawa UMNO kini semakin lemah dengan menyifatkannya sebagai tidakmencerminkan realiti politik semasa.

Beliau berkataUMNO masih merupakan sebahagian daripada kerajaan, sama adadi peringkat Persekutuan mahupun negeri.

“Di peringkat pusat, kita ada 30 kerusi dan pemimpin UMNO turut memegang jawatan penting dalam kerajaan Persekutuan termasuk Timbalan Perdana Menteri. Di Perak pula, kita menang sembilan kerusi dan masih menjadi kerajaan, saya sendiri merupakan Menteri Besar… jadi di mana dikatakan hilang taring? Itu cuma cakap sedap mulut,” katanya.