Tiada Ketegangan Dalam UMNO Susulan Keputusan Tengku Zafrul Keluar Parti – Ahmad Zahid

9fcfe82606c06d9cbed5125e8283f340683d9966ede09Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas mempengerusikan pra-mesyuarat bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja empat hari beliau ke United Kingdom (UK) yang bermula hari ini. –fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Daripada Syamsiah Sahat

LONDON, 2 Jun (Iteenews) — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak wujud sebarang ketegangan sehingga menghangatkan suhudalaman UMNO berikutan keputusan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz keluar parti.

Presiden UMNO itu berkata kebanyakan akar umbi berpandangan tindakan Tengku Zafrul meletakjawatan dalam partiadalah wajar.

“Saya tidak nampak ‘suhu kepanasan’ berlaku dalamkalangan UMNO, eloklah keluar kalau tidak ada kesetiaan di dalam parti…jangan ganggu beliau kerana beliau sedang mengerjakan haji, moga-moga ketenangan menyelubungi minda beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan pramesyuarat bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja empat hari ke United Kingdom yang bermula hari ini.

Jumaatlepas,Tengku Zafrul menerusi hantaran di Facebookmemaklumkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO untuk menyertai PKR.

Menjawab soalan mengenai rombakan Kabinetjika tempatTengku Zafrul sebagaiMenteri Perdagangan, Pelaburan dan Industriperlu diganti, Ahmad Zahid berkata perbincangan perlu diadakan secara dalaman antara Kerajaan Perpaduan.

“Hak mutlak pelantikan menteri ini adalah atas (budi bicara) Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

" …elok kita adakan perbincangan secara dalaman supaya tidak timbul interpretasi yang pelbagai dalam perkara ini,” katanya.