Teo Nie Ching Dipilih Pengerusi DAP Johor

6a12bb732ffb2f9137e38846fc6c909a67028e670c035— fotoBERNAMA (2024)

JOHOR BAHRU, 6 Okt (Iteenews) –Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilihsebagai Pengerusi DAP Johorbagi penggal 2024/2027 menggantikanLiew Chin Tong yang menyandang jawatan itusejak 2014.

DAP Johor dalam kenyataan hari ini memaklumkan Teo yang juga Timbalan Menteri Komunikasi meraih jumlah undi ketiga tertinggi iaitu 692 dalampemilihan yang diputuskan padaKonvensyen Biasa DAP Johor di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi yang meraih undi 606 dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PenggaramGan Peck Cheng yang mendapat 601 undi dipilih sebagai Naib Pengerusi DAP negeri.

Sheikh Umar Bagharib Ali dengan undian 567 kekal sebagai Naib Pengerusi DAP Johor, ADUN Stulang Andrew Chen Kah Eng (717) dilantik sebagai Setiausaha DAP negeri manakala Pegawai Khas Ahli Parlimen Iskandar Puteri Ng Siam Luang yang meraih undi paling tinggi (764) dipilih sebagai Penolong Setiausaha DAP Negeri.

ADUN Jementah Ng Kor Sim yang mendapat undi 623 dilantik sebagai Bendahari DAP Johor dan ADUN Mengkibol Chew Chong Sin yang meraih 599 undi dipilih sebagai Penolong Bendahari DAP negeri.

ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung dilantik sebagai Setiausaha Organisasi DAP Johor, Ahli DAP Boon Sin Wei dan Kartiyaini Jeyapalan masing-masing dilantik Penolong Setiausaha Organisasi DAP negeri, ADUN Senai Wong Bor Yang sebagai Setiausaha Publisiti, Ahli DAP Yong Hui Yi pula Penolong Setiausaha Publisiti DAP negeri dan Tee Boon Tsong sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP negeri.

Jawatankuasa baharu itu turut dianggotai Liew yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP danAhli Parlimen Iskandar Puteri, Ahli Parlimen Labis Pang Hock Liong, ADUN Skudai Marina Ibrahim, ADUN Bentayan Ng Yak Howe dan dua Ahli DAP Shazwan Zdainal Abidin dan Dr A. Ruban.

Berikut senarai Jawatankuasa DAP Johor 2024-2027:

Pengerusi: Teo Nie Ching

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *