Tengku Zafrul Umum Letak Jawatan Dalam UMNO, Mohon Sertai PKR

c0d0942de9d6095b3c1c5c52630e2c736839b2dc38a70Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Iteenews) — MenteriPelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini mengumumkanpeletakan jawatannya dalam UMNO.

Dalam kenyataan di Facebook,beliau berkata surat peletakan jawatan itu telah dihantar kepada pucuk pimpinan UMNO hari ini.

Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata beliautelah menyatakan niat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh.

“Saya akan mengikuti proses permohonan lazim untuk menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat,” katanya.

Tengku Zafrul menerusi surat yang dihantar kepada pimpinan UMNO,menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Beliau berkata keputusan itudibuat setelah bermuhasabah diri dan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya faktor keserasian dan kesesuaian.

“Keputusan ini bukan sebuah keputusan yang mudah. Sebelum membuat keputusan ini, saya telah meminta nasihat dan pandangan darisahabat-sahabat saya dari dalam dan luar parti termasuk dari Yang Amat BerhormatPresiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)sendiri.

“Saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam, terutamanya kerana UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai, sejak tahun 1997 lagi,” katanya.

Tengku Zafrul turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan kepadanya ketika bersama UMNO.