Datuk Seri Mohamad Hasan
SEREMBAN, 31 Mei (Iteenews) — Semakan semulaaku janji ditandatangani Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Azizsemasa menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tidak dapat dikuatkuasakan berikutan beliau tidak memenangi pilihan raya tersebut.
Timbalan PresidenUMNODatuk SeriMohamad Hasan berkata sebaliknyaTengku Zafrul dilantik sebagai MenteriPelaburan, Perdagangan dan Industri itu, berikutan kapasiti beliausebagai senator.
“Itu tidak termasuk dalam bidang lingkup perjanjian tersebut, kerana Tengku Zafrul tidak memenangi pilihan raya. Itu merupakan aku janji seorang wakil rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen (semak aku janji).
“Jika mereka menang, kerusi tersebut adalah kepunyaan parti, bukan kepunyaan individu tersebut dan individu yang menjadi calon dan menang, mereka menandatangi banyak perjanjian termasuk mengembalikan semula kos yang dikeluarkanparti dan macam-macam lagi.
“Tengku Zafrul tak menang. Dia jadi menteri atas asas dia seorang senator. Jadi saya tak nampaklah bahawa aku janji tersebut dapat dikuatkuasakan ke atas beliau,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataanAhli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, yang mendesak parti mengambil tindakan tegas terhadap TengkuZafrulyang mengumumkan meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Mohd Puad juga meminta parti menyemak semula aku janji ditandatangani Tengku Zafrul semasa menjadi calon BN pada PRU15, termasukkemungkinan menuntut pampasan RM100 juta sekiranya tindakan Tengku Zafrulyang tewas di kerusi Parlimen Kuala Selangor pada PRU lepas, dikira sebagai lompat parti.
Semalam, Tengku Zafrulmengumumkan peletakan jawatansebagai Ahli MT UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.
Ditanya sama ada peletakan jawatan itu memberi kesan terhadap UMNO, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata Tengku Zafrul tidak memegang jawatan tinggi dalam parti dan ia tidak terlalu memberi kesan terhadap UMNO.