Tengku Hassanal Mahu Tindakan Tegas Terhadap Muhyiddin Sentuh Isu 3R

363e822f4ca6f57851a0544f7a2c1cb866c2bc7b808f4Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUANTAN, 19 Ogos (Iteenews) –Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengajamenyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru-baru ini.

Tengku Hassanal juga turut menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan dengan tindakanPengerusi Perikatan Nasional (PN) ituyangmempertikaikan tugas dan perananSultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadiYang di-Pertuan Agong ke-16.

Tengku Hassanal bertitahsebagaiseorang bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, kenyataan Muhyiddin itu memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawaAl-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

Kenyataan Muhyiddin itu juga titah Tengku Hassanal, kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima hakikat bahawa beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kenyataan yang dikeluarkan ini juga adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat,” titahnya dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Abdulaziz di sini hari ini.

Berdasarkan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai Ketua Negara.

Sementara Perkara 43(2) pula menetapkanPerdana Menteri haruslah dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan berkenaan.

Sungguhpun begitu, Tengku Hassanal bertitahAl-Sultan Abdullah tidaklah sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk melantik Perdana Menteri walaupun Perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada baginda.

“Baginda semasa itu telah memanggil pakarPerlembagaan, penjawat awam utama negara dan yang terakhir turut secara musyawarah mendapatkan pandangan daripada Majlis Raja-Raja dan akhirnya barulah pelantikan Perdana Menteri semasa itu dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *