KUALA LUMPUR, 6 Mei (Iteenews) — Tarikh pelaksanaan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR)2024/2025, termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita diselaraskan semula pada 21 hingga 24 Mei ini.
Setiausaha Agung PKR DrFuziah Salleh berkata penyelarasan semula tarikh itu berikutan presiden yang jugaPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunaikan urusan rasmi negara bagi menyambut ketua negara ASEAN yang dijangka tiba di Malaysia pada 25 Mei nanti.
“PKRmenzahirkan penghargaan atas kefahaman dan sokongan semua pihak terhadap penyelarasan ini demi kelancaran penganjuran kongres parti yang amat penting,” katanya menerusikenyataanhari ini.
Menurut kenyataan itu, pada 21 Mei (Rabu) akan diadakan perasmian bersama AMK dan Kongres Wanitamanakala Kongres Nasional AMK danKongres Nasional Wanita pula akan diadakan pada Khamis,22 Mei.
Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat dan Perasmian Kongres Nasional PKR2024/2025 pula akan diadakan pada 23 Mei (Jumaat) manakalaKongres Nasional PKR2024/2025 pada24 Mei(Sabtu).
Beliau turut memaklumkan bahawa segala persiapan yang melibatkan perwakilan, logistik dan pelaksanaan akan diselaraskan semula mengikut ketetapan tarikh yang terkini dansemua pihak terlibat diminta mengambil maklum dengan perubahan itusertamelakukan penyesuaian sewajarnya.