Tarik Balik Penggantungan Tajuddin Selaras Bukti, Komitmen Pada Parti

5bdeaae708fe1c8cb5923ad140ca7c1d674c388a40252Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi –fotoBERNAMA (2024)

SHAH ALAM, 1 Dis (Iteenews) — Keputusan menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir SalakDatuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam UMNO adalah berikutan komitmen yang ditunjukkan beliau untuk kembali semula kepada parti itu.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesunggguhan Tajuddin untuk kembali bersama parti itudibuktikan dengan tindakannya menghantar surat rayuan berhubung penggantungannya sebanyak empat kali.

“Beliau telah datang memperlihatkan dukungannya sewaktu pilihan raya kecil di Nenggiri dan Mahkota.

“Beliau juga hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu dan saya tidak nampak (sebab) kenapa Majlis Tertinggi (MT) (UMNO) tidak bersetuju dengan rayuan beliau,” katanya kepada pemberita ketika ditanya kemungkinan beberapa pemimpin UMNO yang digantung keahlian mempunyai peluang seperti Tajuddin.

Ahmad Zahidyang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen BNSelangor di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi BN Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Ahmad Zahid berkata susulan itu,MT UMNO tidak mempunyai sebab untuk tidak berbuat demikian sekiranya ahli yang turut dikenakan tindakan sama oleh parti, melakukan perkara seperti yang dilakukan Tajuddin.

Media sebelum ini melaporkan MTUMNO pada 25 Nov lepas, menarik balik penggantungan keahlian Tajuddin sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan yang diedarkan kepada media selepas mesyuarat MT di Kuala Lumpur, memaklumkan keputusan sebulat suara itu dibuat selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan parti.