Syed Hussien Calon BN Bagi PRK DUN Mahkota

763e1b6d91016e6134c075f806f25a5a66dc34e354febSyed Hussien Syed Abdullah

KLUANG, 7 Sept (Iteenews) — Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah dipilihsebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 Sept ini.

Perkara itu diumumkan olehPengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN bagi PRK berkenaan di sini hari ini.

Onn Hafiz berkata pemilihan itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya telah bertemu dengan semua calon, jika terpilih mereka kata alhamdulillah… jika tidak (terpilih) mereka akan setia berjuang habis-habisan bagi BN menang di sini.

“Kepada semua jentera ambil pengajaran dan panduan daripada bakal-bakal calon, kalau mereka boleh terima dengan hati terbuka saya minta jentera juga terima keputusan ini. Berikan sokongan tidak berbelah bahagi, calon ini adalah calon boleh menang," katanya.

Turut hadir Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan, Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Presiden MCADatuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Naib Presiden MIC Datuk Dr R. Nelson.

Bercakap pada sidang media selepas majlis itu, Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor berkata pihaknya berharaplebih 60,000 pengundi DUN Mahkota akan memberi ruang dan peluang kepada Syed Hussien untuk meneruskan legasi AllahyarhamDatuk Sharifah Azizah Syed Zain sebelum ini.

“Syed Hussien ini calon berwibawa yang boleh kita ketengahkan daripada banyak calon berkaliber. Kita memilih beliau untuk meneruskan perjuangan dan perkhidmatan Datuk Sharifah Azizah.

“Walaupun berusia 40 tahun dan merupakan seorang calon muda, beliau telah berkhidmat agak lama dalam politik. Saya ada keyakinan beliau boleh memastikan BN menang pada 28 Sept ini,”kata Onn Hafiz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *