Syed Hussien Bertekad Perkasa Konsep \’Maju Johor\’

9b7a2121f80779bda2fab1498707dd9e66e984aa664d9— fotoBERNAMA (2024)

KLUANG, 17 Sept (Iteenews) — Memperkasakan konsep 'Maju Johor' adalah antara agenda yang akan diberi penekanan oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) MahkotaSyed Hussien Syed Abdullah.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu berkata konsep tersebut merangkumi pelbagai aspek dan mengetengahkan kepentingan serta kesejahteraan semua penduduk di Johor.

"Iameliputi segala aspek dan lapisan (masyarakat) daripada golongan muda, warga emas, wanita dan kanak-kanak. Jaditeras Maju Johorini menjadi antara perkara yang akan kita tekankan dan perkasakan di DUN Mahkota,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Usahawan anjuran Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional di sini hari iniyang turut dihadiri Pengerusi TEKUN Nasional Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan Timbalannya, Mohd Sany Hamzan.

Agenda Maju Johordilancarkan oleh kerajaan negeri pada 2023sebagai inisiatif untuk merealisasikan hasrat menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang 2030yang antara lain menyentuh pembangunan ekonomi, jaringan keselamatan sosial,kemudahan dan keperluan asas,kebersihan dan kelestarian alam serta golongan muda.

Ditanya mengenai sambutan pengundi setakat ini, Syed Hussien berkata maklum balas baik diterimawalaupun mengakui belum sempat bertemu separuh daripada mereka, mengambil kira jumlahnya yang ramai iaitu 66,318 orang.

Beliau juga akan meneruskan konsepkempen secara berkelompok pintu ke pintu yang dilakukan buat masa inidan ia bakal diperhebatapabila tempoh berkempen memasuki minggu kedua bagi menyantuni seramai pengundi yang boleh.

"Kita merasakan sentuhan sebegini(kempen skala kecil) lebih penting kerana apabila bertemu secara sendirian atau dalam kelompok kecil, mereka kelihatan lebih selesa… jadi, kita terus menyasarkan focus group mengikut kesesuaian dan keadaan," katanya.

Menyentuh mengenai perjumpaan hari ini, Syed Hussien berkata antara isu yang dibangkitkan oleh usahawan ialah agenda memperkasakan golongan itu diperhebatselain mengeratkan hubungan mereka dengan agensi atau jabatanberkaitan perniagaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *