Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah KLUANG, 25 Sept — Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah (kiri) melihat keadaan perparitan yang bermasalah ketika menyantuni penduduk orang asli Kampung Tanah Runtuh ketika tinjauan fotoIteenews.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah (dua kiri) bersama ADUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (kiri) menyantuni penduduk orang asli Kampung Tanah Runtuh ketika ketika tinjauan fotoIteenews di sini hari ini.Syed Hussein tekad menyambung usaha wakil-wakil rakyat BN terdahulu dalam membantu kaum Orang Asli di kawasan itu.Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kluang berkata hasil usaha âpejuangâ terdahulu, kaum pribumi Mahkota mendapat perhatian yang baik daripada agensi-agensi di peringkat persekutuan, negeri dan daerah sehingga mereka memperoleh pelbagai kemudahan.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah (kiri) menyantuni serta mendengar keluhan penduduk orang asli Kampung Tanah Runtuh ketika tinjauan fotoIteenews.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
KLUANG, 25 Sept (Iteenews) — Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah bertekad untuk menyambung usaha wakil rakyat gabungan politik itu sebelum ini iaitumembantu kaum Orang Asli di Kampung Tanah Runtuh di sini.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu berkata usaha wakil rakyat BN telah membolehkan penduduk Orang Asli di kawasan itu menikmati pelbagai kemudahan dan kelengkapan serta tidak ketinggalan daripada perhatian agensi kerajaan sama adadi peringkat Persekutuan mahupun negeri.
“Kampung Tanah Runtuh merupakan satu-satunya kampung diduduki Orang Asli di Mahkota dan mereka memang mendapat perhatian kerajaannamun ada beberapa perkara yang perlu diselenggara seperti sistem perparitan.
“Alhamdulillah, saya disambut dengan penuh mesra di sini, hasil perjuangan terdahulu yang banyak menabur jasa dan bakti kepada mereka. Saya akan meneruskan legasi dan usaha baik yang telah dimulakan untuk rakyat Mahkota," katanya.
Syed Hussien berkata demikian kepada pemberita selepas berjumpa dengan penduduk Kampung Tanah Runtuh di sini hari ini, yang mempunyai kira-kira 200 pengundi DUN Mahkota.
Sementara itu, Tok Batin Mohd Noorsham Abdullah, 49, berharap wakil rakyat selepas ini dapat membantu membersihkan longkang di kampung tersebut yang dipenuhi tanah akibat hujan serta melebarkan jalan masuk yang berselekoh dan sempitkerana ia boleh membahayakan penduduk.
Murni Yasin, 39, pula berharap kampung itu akan mendapat sebuah dewan serba guna untuk kemudahan penduduk dantaman permainan bagi membolehkan kanak-kanak beriadah.
"Budak-budak di sini bermain di depan rumah sahaja disebabkan tiada padang permainan atau padang bola. Jadi saya harap mereka boleh dapat kemudahan yang baik," kata suri rumah itu.
PRK DUN Mahkota pada Sabtu inimenyaksikan pertembungan antara Syed Hussien dengan calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar.