Steven Sim Dipilih Sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang

672eda63c31f831d099443db78bbed5b66f0163d4c848 Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu Steven Sim Chee Keong (depan lima, kiri) bersama Timbalannya Ramkarpal Singh (depan lima, kanan) bergambar bersama anggota jawatankuasa DAP negeri (2024-2027) pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di Arena Setia SPICE Bayan Lepas. 4fcc3caf9a8ac4f2198df35bf023476b66f0161a9af9a Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu Steven Sim Chee Keong (kanan) bersama bekas pengerusi Chow Kon Yeow (dua, kiri) pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di Arena Setia SPICE Bayan Lepas

GEORGE TOWN, 22 Sept (Iteenews) — Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dipilih sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinangbagi penggal 2024/2027menggantikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang menyandang jawatan itusejak 1999.

Ketua Pengawas PemilihanWong Shu Qi ketika membuat pengumuman itu berkataSim, yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, meraih jumlah undi kedua tertinggi iaitu 1,237 dalampemilihan yang diputuskan padaKonvensyen Biasa DAP Pulau Pinang hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh, yang meraih undi paling tinggi iaitu 1,247, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri manakala Timbalan Menteri KewanganLim Hui Ying, yang mendapat 827 undi, kekalsebagai Setiausaha DAP negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari, yang memperoleh 1,225 undi, dan bekas Penolong Setiausaha Organisasi DAP negeri Datuk Yeoh Soon Hin (1,225 undi) masing-masing dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP negeri.

Jawatankuasa baharu itu turut dianggotaiPengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Gooi Zi Sen (1,133 undi), bekas Penolong Setiausaha Organisasi DAP negeri Lay Hock Peng (1,120 undi) danPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri H'ng Mooi Lye (1,074 undi).

Sejumlah 1,452 undi diberikan kepada 31 calon yang bertanding dan hanya 15 dengan undi tertinggi dipilih menduduki jawatankuasa negeri manakala lima lantikan tambahan dibuat oleh Jawatankuasa Tertinggi selepas pemilihan itu.

Antara figura yang gagalmendapat 15 undi tertinggi ialah Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua MenteriII Jagdeep Singh Deo apabila hanya memperoleh503 undi.

Empat Ahli Dewan Undangan Negeri turut kecundang dalam misi merebut15 tempat tertinggi pada pemilihan tersebut iaituWong Hon Wai (Paya Terubong) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Heng Lee Lee (Berapit), Ong Ah Teong (Batu Lanchang) danJoseph Ng Soon Siang (Air Itam).

Sim, yang juga bekas Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang penggal lepas, berkata jawatankuasa baharuitu akan terus menyokongKerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Chow dan Kerajaan Perpaduan di bawahPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *