Sokongan Terhadap Gabungan PH-BN, Jelas – Penganalisis

2a0d12643780b675767f0ca1bb0514fb66f574123fdc2

Oleh Rozainah Abdul Rahim

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Iteenews) –Transisi daripada persaingan kepada kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan, kini memperlihatkan aras penerimaan ‘selesa’ dalam kalangan rakyat, indikator penting kepada kestabilan negara.

Pemerhati politikProf Madya Dr Khairunesa Isa berkata perkara ini dibuktikan menerusi keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semalam, dan Nenggiri sebelum ini, dengan BN mewakili Kerajaan Perpaduan menang selesa di kedua-dua kawasan itu.

“Pengurangan perbezaan ideologi boleh memulihkan kepercayaan rakyat dan membawa kepada keharmonian serta pembangunan lebih sejahtera, bagi mendepani isu mendatang yang menjadi keutamaan rakyat,” katanya kepadaIteenews.

PRK DUN Mahkota, semalam menyaksikan BN mempertahankan kerusi itu selepas calonnyaSyed Hussien Syed Abdullah menang bergaya dengan majoriti 20,648 undi selepas mendapat 27,995 undi, jauh meninggalkan pencabar daripada Perikatan Nasional (PN)Mohamad Haizan Jaafar yang sekadar memperoleh 7,347 undi.

Manakala di PRK Nenggiri, calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjaya menawan kerusi DUN itu dengan majoriti selesa3,352 undi, selepas memperoleh9,091 undi menewaskan pencabarnya daripada PN Mohd Rizwadi yang meraih5,739undi.

Khairunesayang jugaPensyarah Kanan di Jabatan Sains Sosial,Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata kemenangan BN ini memberi ‘aura’positif dan tidak dapat dinafikan akan menjadicerminan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sementara itu, penganalisis politik daripada Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata kerjasama antara BN dan PH boleh dianggap semakin baik walaupun melalui beberapa cabaran di peringkat awal.

“Majoriti besar menampakkan komitmen dan kesungguhan untuk mengembangkan kolaborasi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *