Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Diumum Calon BN PRK Ayer Kuning

c492f76ebafbec4dbda6dbad63ef4dbc67f3ae3217d16

TAPAH, 7 April (Iteenews) — Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir,diumumkansebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad,pada majlis pelancaran jentera yang disempurnakanPengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Command Centre BN, Kampung Haji Tahir, Temoh dekat sini hari ini.

Mohamad Yusri,54, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kini berkhidmat sebagai pensyarah dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Dalam ucapan ringkasnya,Mohamad Yusri merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan BN dan UMNO yang memberi kepercayaan kepadanya untuk mewakili BN pada PRK itu.

“Insya-Allah, kerjasama dan komitmen daripada kita semua, kita akan mampu membawa kejayaan yang besar kepada DUN Ayer Kuning ini dengan meneruskan perancangan dan apa yang telah dibuat Allahyarham Ishsam Shahruddin,” katanya.

DUNAyer Kuning mempunyai 31,897 pengundi berdaftar terdiri daripada 31,315 pemilih biasa dan 582 anggota polis dan pasangan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRKDUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan,hari penamaan calon pada 12 April dan pengundian awal pada 22 April.

Turut hadir majlis pengumuman itu ialah Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong,Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.