Semua parti Kerajaan Perpaduan main peranan dalam kempen PRK DUN Nenggiri

f3f568c7270a880cde6162dda91056f066a4a9145800aSetiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Datuk Megat Zulkarnain (kanan) melawat pameran Program Mini PKD Mobile di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO) Batu Caves hari ini.–fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Iteenews) — Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan boleh memainkan peranan bagi memastikan kemenangan calon dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata semasa PRK DUN Pelangai di Pahang tahun lepas, DAP telah membantu kempen yangmenyumbang kepada kemenangan calon Barisan Nasional (BN).

"Apabila mereka pula bertanding di Kuala Kubu Bharu, saya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor turun dan membantu memenangkan calon mereka, jadi inilah cara kita bekerja dan saya yakin akhirnya mesti ada sesuatu yang dapat memastikan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan supaya pemimpin DAP mengelak daripada menyertai kempen PRK DUN Nenggiri,selepas menghadiri Majlis Perasmian Mini Program Komuniti Desa (PKD) Mobile Negeri Selangor Tahun 2024 di Gombak, di sinihari ini.

Megat Zulkarnain berkata gesaan itu disifatkan sebagai pendapat peribadi yang tidak mewakili pandangan UMNO.

"Masing-masing ada pendapat tetapi akhirnya kita mesti memikirkan bahawa kita berada dalam Kerajaan Perpaduan. Saya tidak fikir DAP akan tersinggung dengan kenyataan seperti itu …soal mereka (DAP) datang atau tidak (bantu kempen) itu perkara kedua, namun kita mengalu-alukan," katanya.

Berhubung alasan bahawa DUN Nenggiri ialah kawasan Melayu, Megat Zulkarnain berkata beliau yakin DAP tahu memainkan peranan di kawasan tertentu dan perkara terbabit tidak perlu disensasikan kerana yang penting ialah cara untuk memenangkan calon Kerajaan Perpaduan pada PRK berkenaanbulan depan.

"Sebab itu (pada PRK Pelangai) mereka (DAP) fokus pada Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Telemong yang sememangnya 90 peratus ialah pengundi bukan Melayu. Saya percaya mereka tidak akan masuk ke kampung atau PDM yang tiada pengundi bukan Melayu," katanya.

Kelab Veteran UMNO sebelum ini dilaporkan secara terbuka menggesa pemimpin DAP mengelak daripada menyertai kempen PRK DUN Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos, manakala penamaan calon pada 3 Ogos ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *