Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
KOTA TINGGI, 1 Sept (Iteenews) — Semua parti komponen Kerajaan Perpaduan telah menyatakan komitmen dan sokongan penuh dalam membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Naib Presiden UMNO dan koordinator BN untuk PRK itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia sekali gus memberikan dorongan tambahan kepada BN dalam mempertahankan kerusi DUN berkenaan.
“Kita koordinasi dengan baik (dan) kita telah dapat jaminan kerjasama daripada semua partidalam Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberitaselepas merasmikanMy Villa di Dewan Felda Air Tawar 3di sinihari ini.
PRK DUN Mahkota akan diadakan pada 28 Septmanakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 Sept ini.
Pada Pilihan Raya Negeri Johor2022, penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, yang meninggal dunia pada 2 Ogos lepas, menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).