Rayuan MyPPP Untuk Sertai Semula BN Akan Dipertimbangkan – Ahmad Zahid

f810484cb946f4e07a51cf429cb4128466d407a48b04bTimbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Iteenews) — RayuanParti Progresif Rakyat (MyPPP) untukditerima semula sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) akan dibawa untuk pertimbanganDewan Tertinggi BN, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata rayuan itu dibuat pemimpin MyPPP selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengiktiraf keabsahan ahli Majlis Tertinggi parti itu pada 11 April tahun lepas.

“Dewan Tertinggi BN akan mengadakan perbincangan dalam mesyuarat tertinggi BN akan datang untuk melihat semulabukan sahaja rayuan, tetapi juga keputusan yang telah ditetapkan pihak mahkamah terhadap keabsahan MyPPP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MyPPP ke-71 di Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC) di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pemangku Presiden MyPPP Datuk Dr J. Loga Bala Mohan.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata untuk menerima rayuan MyPPP, ia mesti dipersetujui sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN.

Terdahulu dalamucapannya, beliau memberikan komitmen membantu MyPPP dalam permohonan rayuan kerana parti itusebelum ini terbuktitidak pernah meninggalkan BN walaupun ketika BN menghadapi kesukaran selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

“Kita lupakan soal awan hitam yang pernah menyelubungi parti ini,” katanya.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkatastatus MyPPP dalam BN ketika ini adalah sebagai antara parti Friends of BN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *