Datuk Seri Johari Abdul Ghani –fotoBERNAMA (2024)
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Iteenews) –Barisan Nasional (BN) perlu segera merawat empat ‘penyakit’yang membelenggu gabungan itu sehingga ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas,” kata Pengerusi BN Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Naib Presiden UMNO ituberkata empat penyakit berkenaan ialah Delusional (Khayal), Amnesia (Hilang ingatan), Inersia dan Arrogant (angkuh).
“Kita tewas sebab empat benda ini lah, delusional, kononnya anggap rakyat masih sokong kita dengan ingat jasa dan sumbangan kita dahulu, lepas tu kita pun ada Amnesia, kita sendiri lupa tujuan asal penubuhan parti kita iniuntuk apa, iaitu untuk bangunkan negara ini.
“Dua lagi sindrom ialah Inersia, orang dah tolak kita tapi kita masih macam tu, tak nak buat perubahan, statik, selain kena hapus sindrom Arrogant, bilamana seolah tak boleh terima teguran, tak nak terima pendapat orang lain, tak mengaku atau terima kenyataan dah lakukan kesalahan, lebih parah tak mahu tolak ansur,” katanya.
Johari yang juga MenteriPerladangan dan Komoditi berkata demikian dalam ucapan pembukaannya di Konvensyen Barisan Nasional Wilayah Persekutuan 2024 di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN.
Beliau berkata dalam usaha melakukan perubahan agar menjadi satu gabungan yang kembali kukuh dalam landskap politik negara, setiap ahli BN mestilah tidak berputus asa.
“Peraturan pertama, jangan putus asa, rawat empat penyakit itu, seterusnya kita perlu bergerak secara satu pasukan, bersatu Melayu kah, Cina kah, India kah, kita kerja bersama,” katanya.