Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan (lima, kanan) bergambar bersama rakan media yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa IKMa dan Media di Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
PETALING JAYA, 24 Mac (Iteenews) — Timbalan Ketua Penerangan PKR 1 Datuk Seri R. Ramanan berkata hasrat tujuh pemimpin parti itu termasuk beliau untuk bertanding jawatan naib presiden setakat ini mencerminkan kesuburan demokrasi dalam PKR.
Beliau berkata pertandingan seumpama itu adalah sihat dalam mendemokrasikan parti selaras dengan prinsip PKR dan yakin akar umbi bijak membuat keputusan terbaik untuk parti.
Ramanan berkata keputusannyauntuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu Mei ini adalah bagimengangkat suara akar umbi terutamadalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Kali ini pemilihan bukan setakat pemilihan biasa sebab ini pemilihan yang akan menentukan hala tuju parti pada ketika kita (PKR) adalah kerajaan. Yang penting kita kena adakan pemilihan untuk betul-betul membawa suara akar umbi naik kepada persiapan menghadapi PRU akan datang.
“Kalau kita lihat ahli politik (akar umbi), mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mereka ini (walaupun) tidak bekerja di pejabat, tapi pemahaman politik mereka itu jangan kita ambil mudah (take it for granted). Mereka mengikuti perkembangan politik semasa. Mereka mendapat banyak maklumat,” katanyaketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa IKMa dan Media di Institut Koperasi Malaysia (IKMa) di sini, hari ini.
Terdahulu,Ramanan mengumumkan keputusan untuk bertandingbagi memperkukuh dan memperkasakan lagi PKR dari peringkat akar umbi sehinggalah pimpinan pusat.
Ramananyang juga ahli Parlimen Sungai Buloh berkata beliau telah memaklumkan mengenai hasratnya itukepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR sebelum membuat keputusan.
Media sebelum ini melaporkan empat penyandang telah menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan naib presiden parti iaitu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad sertaMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Nurul Izzah Anwar juga sudah mengesahkan menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden manakala pada Ahad lepas Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi turut mengumumkan hasrat yang sama.