Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal Menang Jawatan Naib Presiden Bersatu

5c90fca3cd0f763c3b0d879594805773672892d2275b3

PETALING JAYA, 4 Nov (Iteenews) –Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mempertahankan jawatan mereka sebagai Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata satu lagi jawatan tersebut dimenangi bekas Timbalan PresidenDatuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mereka menewaskan tiga calon lain iaitu Timbalan Ketua Bersatu Selangor Mohd Rafiq Mohd Abdullah, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris dan Ketua Bersatu Batu Kawan Aziss Zainal Abiddin.

“Radzi mendapat sebanyak 11,690 undi manakala Kiandee mendapat 11,295 undi dan Ahmad Faizal pula dengan 9,278 undi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Bersatu, di sinihari ini.

Pada masa sama, Abdul Azim berkata sebanyak 20 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu telah dipilih daripada 80 calon yang bertanding.

Antara yang dipilih sebagai ahli MPT Bersatu adalah Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Datuk Rosol Wahid, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal dan Dr Afif Bahardin.

Terdahulu, Abdul Azim mengisytiharkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipilih sebagai Presiden Bersatu manakala Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Presidendengan kedua-duanya menang tanpa bertanding.

Selain itu, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dipilih sebagai Pengerusi Tetap Bersatumanakala Mohd Hanafiah Hamzah pula sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.

Abdul Azim turut memaklumkan bahawa sebanyak 169 bahagian berjaya bersidang serta menjalankan pemilihan dan pengundian peringkat MPT dengan 74 bahagian telah menjalankan pemilihanmanakala baki 95 bahagian lagi mencatatkan kemenangan tanpa bertanding bagi semua jawatan.