Program Khas Bantu Pelajar Tercicir, Tidak Minat Masuk Tingkatan 4 Sertai TVET – TPM

bca8302ec803f27e5481bb9af6ae0f7966f03f3e70c99 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden Malaysian Indian Congress (MIC) Tan Sri S A Vigneswaran ketika hadir Majlis Ramah Mesra Masyarakat India sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Command Center Barisan Nasional (BN). 389d73e7f361c364aacfc9b3cca3ef2366f03f5be2f0f Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Syed Hussien Syed Abdullah bersorak ketika hadir Majlis Ramah Mesra Masyarakat India di Command Center Barisan Nasional (BN). Turut bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Presiden Malaysian Indian Congress (MIC) Tan Sri S A Vigneswaran.

KLUANG, 22 Sept (Iteenews) — Satu program khas akan dilaksanabagi membantu pelajar yang keciciran atau tidak berminat untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat memasuki bidangPendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sideksupaya program itu dapat dilaksanakan akhir tahun ini.

“Saya telah bincang agar satu ujian khas tanpa bertulis (diberikan) kepada pelajar (terbabit) untuk masuk ke Kolej TVET untuk memberi peluang kepada mereka yang keciciranyang mungkin tidak minat untuk menyambung pelajaran.

“Jangan ingat tanpa SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tidak ada hari esok, tidak ada masa depan.Melalui ekosistem pendidikan TVET, walaupun tanpa SPMtetapi melalui kursus TVET, Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) 1 dan 2 setaraf SPM manakala SKM 3, 4 dan 5 sama dengan diploma.

“Kita mesti menyediakan ekosistem kepada pelajar ini, negara memerlukan pekerja dan syarikat yang melabur dalam negara juga perlukan guna tenaga dalam kalangan anak muda,” katanya semasaberucappada Majlis Ramah Mesra Kaum India Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Barisan Nasional (BN)pada PRK itu Syed Hussien Syed Abdullah.

Ahmad Zahid berkata beliau akan berbincang dengan pemimpin masyarakat India termasuk Presiden MIC Tan SriS A Vigneswaran untuk mencari jalan bagi menggalakkan golongan muda kaum itu mengambil SKM, yang juga dapat membuka peluang ke institusi pendidikan tinggi tanpa SPM.

Pengerusi BN itu turut memberi peringatan kepada Syed Hussien untuk menjadi wakil rakyat ‘buta warna’ jika menerima mandat rakyat pada 28 Sept inikerana pengundi akan menilai prestasi beliau dan kembali membuat pilihanpada pilihan raya seterusnya.

“Jika menang, beliau menang dengan sokongan semua… dan masyarakat di sini mengharapkan perkhidmatan yangbaik untuk semua. Jangan malukan saya yang menandatangani watikah (untuk beliau menjadi calon) atas persetujuan Menteri Besar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *